Wednesday, 18 September 2013

Peraturan dan Panduan Di Tri Fitness Gymnasium...



Mungkin ada di kalangan anda yang sudah maklum tentang peraturan di gimnasium kami suka untuk menekankan lagi tentang panduan dan peraturan tatkala berada di gimnasium. 




1.     Berpakaian yang sesuai untuk bersenam dan tidak menjolok mata.

2.     Mestilah memakai kasut yang bersesuaian

3.     Sentiasa menjaga keselamatan terutama peralatan yang menggunakan elektrik.

4.     Sentiasa berhati-hati menggunakan alat beban (weight training).

5.     Bersenam mengikut kemampuan sendiri dan bermula dengan pemanasan badan (warm up) dan regangan otot diakhiri dengan warm-down.

6.     Sila pastikan keselamatan barangan peribadi/berharga anda.

7.     Kehilangan barangan milik anda pihak Tri Fitness tidak akan bertanggungjawab.

8.     Semua pelanggan perlu mendaftar dalam buku rekod penggunaan gym yang disediakan.

9.     Sila kemaskan semula peralatan yang anda guna supaya pelanggan lain boleh menggunakan semula.

10.  Penggunaan loker dikenakan bayaran sebanyak RM1.


11. Pengguna DIWAJIBKAN membawa tuala sendiri.

12. Segala kerjasama anda amatlah dihargai.


* Ada yang bertanya kenapa dari jam 7.00 ptg - 8.00 malam kami menutup muzik,

kami menutup muzik untuk menghormati waktu maghrib dan memberi peluang untuk para pelanggan menunaikan fardhu solat maghrib dahulu. 

-sebarang komen anda boleh terus menghubungi pihak Tri Fitness atau melalui akaun facebook kami di:

No comments:

Post a Comment